Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

PH mahu keuntungan tol balik pada rakyat, kata Guan Eng

Pendekatan pentadbiran BN sebelum ini terhadap pengendali lebuh raya adalah "menswastakan keuntungan dan mensosialisasikan kerugian", kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Berbeza dengan BN, Lim berkata pendekatan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja menghapuskan kenaikan tol secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), tetapi juga menghentikan keperluan membayar ganti rugi kepada pengendali lebuh raya dengan duit pembayar cukai.

"Kami nak keuntungan pergi balik kepada rakyat Malaysia. Kami berupaya melakukan apa yang tidak dapat dilakukan BN. Kami akan kurangkan kadar tol," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas kritikan BN terhadap keputusan PH melanjutkan kontrak 20 tahun Plus Malaysia Bhd dan sebagai timbal balas, syarikat itu akan menurunkan kadar tol kepada 18 peratus tanpa bayaran pampasan.

Plus dimiliki 51 peratus Khazanah Nasional Bhd dan 49 peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lim berkata, dakwaan pemimpin BN bahawa mereka menutup tol ketika 

"Mereka kata 'Oh, kita tutup satu atau dua tol (pondok)'. Kita juga boleh berbuat demikian. Tapi, apa yang lebih penting berbanding lebuh raya utara-selatan?

"Itu yang paling besar. Game Changer. Ini yang paling penting," kata Lim.

Lebuh raya Utara-Selatan bermula dari Jitra di Kedah ke Johor Bahru, Johor, menghubungkan semua bandar utama di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Lim berkata pendekatan BN adalah untuk membolehkan Plus meningkatkan caj tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun.

"Sudah tentu, ia tidak dinaikkan (atas alasan politik) (dan sebaliknya) mereka perlu membayar pampasan (kepada pengendali lebuh raya), "katanya.

Lim memberitahu tidak seperti BN, pendekatan PH dalam Plus adalah bukan sahaja menurunkan kadar tol untuk pengguna tetapi juga menghapuskan keperluan membayar pampasan syarikat.