WRP Asia lantik CEO interim baru
Syarikat pembuat sarung tangan, WRP Asia Pasific Sdn Bhd telah melantik CEO interim baru yang akan mengetuai pasukan pemulihan yang dibiayai oleh pemegang saham majoritinya, TAEL Partners, menurut peguam yang bertindak bagi pihak pengurusan syarikat itu.
Pengasas dan rakan pengurusan Thomas Philip, Mathew Thomas Philip berkata langkah itu susulan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membenarkan untuk melantik pelikuidasi (liquidator) interim yang bertanggungjawab terhadap WRP Asia sejak 30 Disember tahun lepas.
"Keputusan mahkamah untuk memberikan penangguhan interim pelantikan pelikuidasi sementara menandakan satu titik perubahan penting bagi WRP.
"Lembaga pengarah, yang diketuai oleh TAEL Partners, telah menyediakan lebih daripada RM22 juta pembiayaan kepada pasukan pemulihan khas yang akhirnya akan mempunyai kawalan komprehensif terhadap operasi," kata Thomas Philip dalam satu kenyataan.
Antara lain, peranan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru adalah untuk mengendalikan usaha penyusunan semula WRP Asia dengan tujuan untuk meneruskan operasi dan menyelesaikan isu sumber manusia.
Thomas Philip menyatakan bahawa akan ada keputusan yang sukar dibuat dalam proses itu, antara lain, untuk memperbaharui "dasar pekerja yang tidak teratur" yang kini sedang dilaksanakan.
"Oleh itu, kami menyeru semua pihak yang terlibat untuk bekerja rapat dengan pasukan baru untuk WRP yang mantap dan berjaya," katanya.
Langkah permulaan WRP Asia untuk menggantungnya operasi dibuat tiga bulan selepas agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) mengumumkan ia diharamkan kerana disyaki menggunakan buruh paksa.
Sejak itu, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, berkata kementerian sedang memantau perkembangan yang berkaitan dengan operasi WRP Asia.
Beliau juga mengulangi gesaannya agar syarikat pembuat sarung tangan melaksanakan audit kendiri bebas yang dikawal selia untuk mengelakkan kerugian akibat sekatan perdagangan yang diterajui oleh AS.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai