Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

K'jaan Tunisia tumbang, Parlimen lulus usul undi tidak percaya

GLOBAL | Kerajaan Tunisia pimpinan Perdana Menteri Habib Jemli tumbang selepas parlimen pada Sabtu meluluskan usul undi tidak percaya, lapor agensi berita Anadolu.

Perkara itu diumum Speaker Parlimen Rachid Ghannouchi.

Kerajaan sekadar memperoleh 72 undi sokongan manakala 134 lagi tidak menyokong, kata speaker selepas sesi pengundian yang berlangsung lebih 10 jam berakhir.

Bersama-sama dengan Parti Ennahda, ahli parlimen lain menyuarakan sokongan kepada kerajaan sebaliknya pihak pembangkang tidak menyokong.

Mengikut Perlembagaan, jika kerajaan yang ditubuhkan oleh parti pertama gagal mendapat sokongan, presiden perlu melantik calon bebas untuk membentuk kerajaan baru.

-Bernama