Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Kementerian Pendidikan akan beri kerjasama padu pada Dr M
Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama padu kepada pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Kementerian itu berkata, Dr Mahathir yang memangku jawatan menteri pendidikan merupakan seorang negarawan yang berpengalaman luas dalam transformasi pendidikan negara.
"Semoga dengan pemangkuan Tun (Dr Mahathir) ini akan meningkatkan kecemerlangan KPM dan pendidikan negara," kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.
KPM turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Jan lepas.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai