Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Daim: Negara perlu sedia hadapi kesan konflik luar

Bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin menggesa negara ini untuk bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi berikutan masalah luar di seluruh dunia.

"Terdapat masalah di seluruh dunia. Terdapat masalah di Timur Tengah, di Hong Kong, Korea Utara, Laut China Selatan, begitu banyak masalah.

"Semoga ia tidak menjejaskan kita tetapi sudah tentu apa-apa yang berlaku di luar di dunia akan memberi kesan kepada kita, jadi kita mesti bersedia untuk mengendalikannya," kata Daim kepada wartawan selepas melancarkan inisiatif 'MyKampung' bersempena dengan Tokyo 2020 Sukan Olimpik di Setia Alam hari ini.

Kata Daim, untuk mempersiapkan negara, pendidikan dan jaminan bekalan makanan sangat penting.

"Pastikan kita mempunyai segala yang kita mahu untuk rakyat. Makanan sangat penting.

"Pastikan bahawa pendidikan adalah penting, kita menjaga rakyat kita untuk masa depan," katanya.

Sebelum itu, Daim berkata bahawa Malaysia mengimport makanan bernilai RM50 bilion pada 2018.

Beliau menggalakkan lebih banyak belia untuk terlibat dalam sektor pertanian untuk mengurangkan import.

"Apa yang kita mahu lakukan (adalah untuk) mengurangkan import, jika mungkin, eksport, wujudkan pekerjaan dan juga meningkatkan pendapatan.

"Pada masa ini, pengangguran adalah tinggi, graduan tidak mempunyai pekerjaan, kita meminta mereka untuk kembali terlibat dalam pertanian.

"Sebaik sahaja kita berhasil dari segi ini, penduduk tempatan boleh mendapatkan makanan segar dengan harga yang lebih rendah (dan) jika terdapat lebihan, kita boleh mengeksport," katanya.

Daim sebelum ini mengatakan bahawa industri pertanian adalah cara Malaysia menangani masalah kemiskinan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan.