Azmin, Zuraida muncul di mesyuarat Biro Politik PKR
Setelah sekian lama 'menghilang' daripada mesyuarat Biro Politik PKR, dua pemimpin kanan parti itu - Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin - membuat kemunculan malam ini.
Kemunculan Azmin - yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi - dan Zuraida - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - menarik perhatian kerana sebelum ini kegagalan mereka hadir pernah dibangkitkan dalam parti.
Ketika turun untuk meninggalkan bangunan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya itu kira-kira jam 9.35 malam, Azmin sempat melayan pertanyaan wartawan yang menunggu.
Kata Azmin, beliau berharap 2020 menjadi permulaan yang baik untuk PKR, malah membayangkang masalah yang membelenggu parti itu akan diselesaikan.
"Saya kira tahun 2020 permulaan yang baik. Saya rasa kita mesti berjumpa lebih kerap, berbincang, dan kita mesti sama-sama mempunyai rasa hormat dan persefahaman untuk menyatupadukan parti," katanya.
Kemelut dalaman PKR bukan lagi rahsia apabila ia menjadi persaingan terbuka sejak parti itu mengadakan pemilihan bagi semua peringkat kira-kira dua tahun lalu.
Keadaan itu menyaksikan anggota parti terbahagi kepada sekurang-kurangnya dua kumpulan iaitu penyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Azmin (timbalan presiden).
Untuk rekod Zuraida ialah naib presiden PKR.
Belum ada tindakan
Ketegangan itu kemudian memuncak semasa PKR mengadakan kongres di Melaka.
Kata Azmin, beliau menganggap masalah dalaman yang membelenggu PKR pada 2019 sudah menjadi satu "sejarah".
Justeru, katanya, 2020 adalah masa untuk parti berjalan ke depan.
Ditanya mengenai kongres yang dicemari insiden pergaduhan antara kumpulan di Melaka baru-baru ini, Azmin berpendapat, semua pemimpin dalam PKR harus mengambil tanggungjawab,
"Saya rasa, kami telah belajar (daripada kejadian itu)" katanya.
Disoal apalah itu bermakna beliau akan lebih kerap hadir ke mesyuarat parti pada tahun ini, Azmin berkata, isu itu tidak timbul kerana dia pasti datang sekiranya tiada tugasan kerajaan yang mendesak.
"Hari ini ada beberapa pimpinan kanan tak dapat hadir… tak jadi isu pun. Tapi kalau Azmin tak hadir, jadi isu. Hadir pun jadi isu.
"Saya tak tahu nak buat apa sebenarnya," katanya.
Sementara tentang khabar angin mengatakan Zuraida akan dipecat, Azmin memberi pesanan agar "jangan mendengar pada khabar angin".
Baca Biar 'NGO nyamuk' gigit, gatal garu-garu sajalah
Zuraida yang keluar dari bangunan jam 9.45 pula apabila ditanya tentang kemungkinan akan dipecat, tidak memberikan jawaban yang jelas.
Sebaliknya ahli parlimen Ampang itu memberitahu beliau hanya akan memikirkan tentang hal itu apabila tiba masanya.
"Kalau dah berlaku, barulah kita bercakap mengenainya," kata beliau sebelum berlalu pergi.
Sementara Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, memberitahu mesyuarat malam ini tidak membincangkan isu disiplin.
"Lembaga disiplin memaklumkan ia masih dalam siasatan. Belum ada tindakan," katanya.
Sebaliknya, kata Fahmi, mesyuarat hanya membincangkan soal rancangan parti serta beberapa perkara lain termasuk isu Iran dan Amerika Syarikat.
Hari ini, FMT melaporkan isu pemecatan Zuraida akan dibawa dalam perbincangan mesyuarat jawatankuasa pusat PKR pada 18 Jan nanti.
Ia susulan kenyataan dalam satu ucapannya yang dianggap kasar dan menghina parti, selain mendedahkan perbualannya dengan Anwar.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai