Iran bedil pangkalan tentera AS di Iraq
GLOBAL | Iran melepaskan tembakan roket pada awal pagi Rabu ke atas pangkalan udara Iraq Asad, yang menempatkan tentera AS, beberapa jam selepas pengebumian Qasem Soleimani.
Soleimani, komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran terbunuh dalam serangan udara oleh AS pada Jumaat lepas.
Agensi berita Iran, Mehr, berkata Pengawal Revolusi Islam Iran telah menyasarkan pangkalan itu. Tehran sebelum ini berikrar membalas pembunuhan Soleimani.
Masih tidak jelas setakt ini kesan kerosakan atau kecederaan di pangkalan berkenaan.
Presiden AS. Donald Trump telah diberi taklimat mengenai laporan serangan itu dan sedang memantau keadaan, kata jurucakap White House, Stephanie Grisham.
"Kami maklum laporan mengenai serangan ke atas fasiliti AS di Iraq. Presiden telah diberi taklimat dan sedang memantau keadaan dan berunding dengan pasukan keselamatan negara," kata Grisham dalam satu kenyataan.
Terdahulu pada Selasa, Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper berkata AS harus menjangkakan pembalasan dari Iran atas pembunuha Soleimani.
"Saya fikir kita harus menjangkakan bahawa mereka akan bertindak balas," kata Esper pada taklimat berita di Pentagon, sambil menambah bahawa tindakan balas itu mungkin melalui kumpulan proksi yang disokong Iran di luar Iran atau "dengan tangan mereka sendiri."
"Kami bersedia untuk sebarang kemungkinan dan kami akan bertindak dengan sewajarnya untuk apa sahaja yang mereka lakukan."
- Reuters
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai