Lebih 130 guru Pasti disyaki keracunan makanan
Seramai 137 guru tabika yang menyertai kursus dua hari di sebuah pusat latihan di Cheras, Kuala Lumpur, disyaki mengalami keracunan makanan awal pagi ini.
Timbalan Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hafizudin Muhamed Nor, berkata daripada jumlah yang mengalami gangguan kesihatan itu, empat dibawa ke unit kecemasan selepas mengadu sakit perut dan cirit-birit serta muntah.
Menurutnya, kejadian dilapor selepas mereka dipercayai mengambil makanan pada malam semalam dan mula mengalami cirit-birit serta muntah bermula kira-kira 3 pagi.
"Masih ada guru yang dirawat oleh sepasukan doktor yang bergegas ke tempat kejadian pagi tadi," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz hari ini.
Setakat ini, semua guru yang terlibat masih menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan, kira-kira 200 guru Pasti menyertai kursus itu dan menikmati makanan dipercayai bubur kacang malam tadi yang dihidangkan di pusat latihan berkenaan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai