Serangan AS: Macron, Putin minta semua pihak bertenang
GLOBAL | Presiden Perancis Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, pada Jumaat menggesa semua pihak bertenang bagi mengelak sebarang ketegangan baharu susulan pembunuhan komander tertinggi Iran dalam satu serangan oleh Amerika Syarikat di Iraq, lapor agensi berita China Xinhua.
Melalui perbualan telefon pada Jumaat, Macron dan Putin membincangkan situasi di Iraq dan negara jiran serta "bersetuju bekerjasama dalam tempoh beberapa hari berikutnya bagi mengelak satu lagi peningkatan ketegangan yang berbahaya," menurut pejabat presiden Perancis itu dalam satu kenyataan.
Macron menegaskan bahawa penandatangan perjanjian nuklear 2015 perlu berganding bahu dalam menggesa Iran untuk mematuhi obligasinya dan mengelak sebarang bentuk provokasi.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai