Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
MP Padang Besar pindah hospital, dari Kangar ke Alor Setar
Anggota Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Pengarah HTF Dr Othman Warijo berkata Zahidi, 58, dipindahkan ke HSB kira-kira pukul 9.30 malam ini bagi mendapat rawatan daripada Unit Kardiologi Khas di sana.
"Beliau kini dalam keadaan stabil, bagaimanapun pemantauan lanjut akan diteruskan bagi mendapat rawatan lebih efektif di sana (Hospital Sultanah Bahiyah)," katanya ketika dihubungi Bernama di Kangar, malam ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan Zahidi dikejarkan ke Unit Kecemasan HTF kerana mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur kira-kira jam 5 pagi tadi.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai