Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Israel benar penduduk Gaza sambut Krismas di Baitulmaqdis, Tebing Barat
GLOBAL | Israel membenarkan penduduk Gaza beragama Kristian menyambut Hari Natal di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, kata Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah (COGAT) pada ahad.
Mejar Jeneral COGAT, Kamil Abu Rukun, memberikan kemudahan perjalanan kepada penduduk beragama Kristian sebagai menghormati cuti hari Natal.
Permit memasuki kawasan Baitulmaqdis dan Tebing Barat akan dikeluarkan sejajar dengan penilaian keselamatan tanpa mengira had umur, menurut kenyataan media sosial Twitter COGAT.
Sputnik melaporkan, wakil komuniti Katolik Palestin sebelum ini menggesa pihak berkuasa Palestin membenarkan penduduk Gaza menyambut Krismas di Baitulaham.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai