Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Bot kastam ditembak di perairan Semporna
Bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditembak di perairan Semporna petang semalam.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Semporna Supt Sabarudin Rahmat mengesahkan kejadian kira-kira 5.30 petang itu di perairan dekat Pulau Mataking.
"Pihak JKDM telah membuat laporan polis di Semporna malam ini dan siasatan sedang dijalankan," katanya.
Kejadian itu berlaku dipercayai berkaitan dengan kes penyeludupan rokok di perairan berkenaan.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai