Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

PRK Kimanis: SPR mesyuarat Isnin depan

PRK KIMANIS | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah pada Isnin depan (16 Dis).

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha SPR Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun pada 10 pagi di Bilik Gerakan, Menara SPR di Kuala Lumpur.

Antara tarikh penting yang akan ditentukan adalah writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya kecil itu, katanya.

Baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas.

- Bernama