Ronnie Liu beri keterangan kes hadir majlis peringatan Perjanjian Damai Hat Yai
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Ronnie Liu hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya pada majlis memperingati Perjanjian Damai Hat Yai ke-30, di Kajang pada 1 Disember lepas.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
Beliau berkata adun Sungai Pelek, Selangor itu tiba pada kira-kira tiga petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian.
Sementara itu, peguam Rampkarpal Singh yang mewakili Liu, berkata anak guamnya diambil keterangan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.
Pada 1 Disember lepas, kira-kira 300 individu termasuk bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) dilaporkan mengadakan perhimpunan di sebuah dewan di Kajang bertujuan menghargai perdamaian yang dikecapi hasil perjanjian 30 tahun lepas.
Himpunan berkenaan dilaporkan turut disertai Liu.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai