MIC sokong RUU355 dibawa PAS dengan syarat
Presiden MIC, SA Vigneswaran hari ini berkata partinya akan menyokong Rang Undang-Undang 355 (RUU355) sekiranya ia dibentangkan semula di Dewan Rakyat.
"Kami bukan menentang RUU355. Kami cabar kerajaan (PH) untuk membawa balik (RUU berkenaan). Kami akan sokong. Saya akan sokong."
"Ia tidak salah melaksanakan RUU355. Ia kepada Islam, tidak kena mengena dengan bukan Islam," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Perhimpunan Agung Umno ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah MIC akan berdepan isu-isu melibatkan Islam dalam penubuhan Muafakat Nasional.
Bagaimanapun speaker Dewan Negara itu berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu memberi perlindungan kepada bukan Islam sebagai salah satu syarat untuk menyokong undang-undang itu.
"Ia (Jika nak sokong RU355) perlu perlidungan daripada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan perlu menjaga bukan Muslim," tambahnya lagi.
Vigneswaran berkata, pendirian MIC berbeza dengan pendirian satu lagi rakan komponen mereka iaitu MCA.
"MCA boleh mempunyai pendirian mereka sendiri. Tapi, bagi MIC kalau mereka bawa balik, kami akan sokong," katanya.
RUU 355 satu usul persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Pindaan itu bagi meningkatkan bidangkuasa hukuman Mahkamah Syariah berhubung kesalahan jenayah Syariah.
Setuju Muafakat Nasional diinstitusikan
Sementara itu, Vigneswaran berkata MIC bersetuju dengan cadangan Pemuda Umno supaya Muafakat Nasional diinstitusikan.
"MIC bersetuju, kerana muafakat nasihat diwujudkan selepas Tok Guru (Presiden PAS Abdul Hadi Awang) melawat MIC.
"Jadi, memang kita nak kerjasama."
"Kami telah berkhidmat selama 50 tahun. Tapi masih terdapat sikap merendahkan antara masyarakat. Kerjasama dengan PAS merupakan satu-satunya cara untuk mendapat persefahaman yang lebih baik untuk negara yang lebih maju sebagai rakyat Malaysia," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai