Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

AMK lucut jawatan pengerusi tetap dan timbalannya

Pemuda PKR (AMK) hari ini bertindak melucutkan jawatan pengerusi tetapnya, Mizan Adli Mohd Noor dan timbalan pengerusi tetap Mohd Ramly Ahmad dari jawatan masing-masing.

Tindakan itu dikatakan ada kaitan dengan perselisihan antara Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang tidak mahu timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali merasmikan kongres Pemuda PKR.

Walaupun pengerusi tetap dan timbalannya tidak mempunyai peranan utama dalam operasi harian parti, namun mereka adalah tokoh penting semasa kongres kerana akan mempengerusikan mesyuarat himpunan itu nanti.

Surat yang memaklumkan pemecatan kepada kedua-dua mereka itu memberi alasan keputusan dibuat setelah mendapati semasa pemilihan dibuat dalam Kongres Nasional Tahunan AMK 2018, terdapat beberapa peraturan yang tidak dipatuhi.

Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab, yang juga adalah pengarah kongres nasional AMK.

“Jumlah perwakilan yang layak mengundi dalam kongres nasional itu adalah seramai 270 orang.

“Namun jumlah keseluruhan undi yang telah dikira untuk pemilihan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap adalah sebanyak 400 undi dan 397 undi,” katanya.

Surat itu juga menimbulkan kelayakan umur mereka yang dianggap sebagai anggota AMK.

Oleh itu, kata Ahmad Syukri, pihak sayap parti itu memutuskan untuk mengadakan pemilihan baru untuk jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Beliau menambah bahawa keputusan itu juga telah disampaikan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang turut menerima tindakan berkenaan.

[Baca berita penuh]