Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Amaran cuaca peringkat waspada di Kelantan, Terengganu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok.

MET Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Marang dan Pasir Puteh bagi negeri di Kelantan.

Sementara di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Dalam perkembangan berkaitan, angin kencang diramal berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh berkenaan dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta ombak mencapai 3.5 meter.

“Selain itu, kenaikan paras air laut turut dijangka berlaku berikutan daripada kejadian air pasang dalm tempoh tersebut.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limaphan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

- Bernama