Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Isu Lynas: Kenyataan menteri gosok garam atas luka - MP Bentong

Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof ibarat menabur garam ke atas luka dengan memberikan alasan penutupan kilang Lynas tiada dalam manifesto PRU14 PH.

Semalam Mohd Redzuan berkata pemimpin PH perlu berhenti membangkitkan penutupan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.

Wong Tack berkata pendirian seperti itu mencerminkan "kebangkrupan moral dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang".

"Selama hampir satu dekad, ramai wakil rakyat PH sekarang telah turun ke jalanan bersama rakyat untuk menghentikan (operasi) Lynas.

"Komitmen untuk menutup Lynas bukan hanya dibuat dalam ucapan awam dan kenyataan media tetapi juga melalui tanda tangan petisyen Tutup Lynas yang dijalankan oleh rakyat.

"Kegagalan untuk memenuhi komitmen kami untuk menutup Lynas telah mengikis keyakinan yang serius terhadap kerajaan PH.

"Tetapi memutar isu ini dengan mengatakan ia bukan janji dalam manifesto PH ibarat menggosok garam ke atas luka yang menyakitkan," kata anggota parlimen DAP.

Selain itu, beliau berkata walaupun manifesto PH tidak menyatakan secara khusus mengenai Lynas namun terdapat komitmen untuk menguatkuasakan peraturan yang ketat supaya memastikan syarikat asing di Malaysia tidak melakukan pencemaran.

Putrajaya pada bulan Ogos memutuskan untuk membenarkan kilang Lynas terus beroperasi tetapi mengenakan lebih banyak syarat yang ketat.

Ini termasuk menetapkan jangka masa empat tahun untuk Lynas untuk memastikan sisa radioaktif daripada bijih nadir bumi masa depan yang akan dilombong di Australia akan dipisahkan sebelum dihantar ke Malaysia untuk proses selanjutnya.

Wong Tack juga mempertikaikan desakan berterusan Mohd Redzuan yang berkata kilang Lynas adalah selamat.

"Tolong namakan dan berikan kami kelayakan pihak yang dipanggil 'pakar' itu.

"Kerajaan terdahulu telah melakukan banyak kesalahan berkaitan dengan Lynas, kami diberi mandat untuk membetulkan kesalahan lalu. Ayuh, janganlah mengkhianati rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]