Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

PH tak bantah rombakan kabinet, kata Dr M

Pemimpin PH hari ini bersetuju untuk rombakan kabinet diadakan susulan kekalahan gabungan itu pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai hujung minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Presiden PH Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat majlis presiden parti di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Ditanya mengenai sentimen keseluruhan tentang rombakan kabinet, Mahathir berkata: "Mereka tidak membantah."

Bagaimanapun, Mahathir berkata beliau belum membuat keputusan mengenai menteri yang akan disingkirkan daripada kabinet.

Apabila ditanya sama ada Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan dibawa menyertai kabinet, Mahathir berkata "tiada yang mustahil."

Anwar, yang duduk bersebelahan dengan Mahathir, terdengar berkata, "Saya tidak memohon (untuk kedudukan menteri)."

Rabu lepas, Mahathir mendedahkan mengenai rancangan untuk mengadakan rombakan kabinet dan ia mungkin dibuat sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yang akan dihoskan oleh Malaysia pada bulan November tahun depan.

[Baca berita penuh]