Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Dalam protes, PKR pusat umum konvensyen di Sarawak, Sabtu ini

Di sebalik protes kuat kepimpinan negeri, PKR pusat mengarahkan konvensyen negeri itu dilaksanakan.

Pengarah Konvensyen PKR 2019 Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan acara itu akan diadakan di Hotel Pullman Miri Waterfront pada Sabtu ini bermula jam sembilan pagi.

Ia, kata Nik Nazmi, akan dipandu oleh "pasukan penganjur ketua-ketua cabang Sarawak".

“Pihak ibu pejabat telah cuba sedaya upaya untuk melibatkan MPN Sarawak di dalam penganjuran ini menerusi komunikasi yang terbuka,” katanya yang juga ketua setiausaha pengelola PKR.

Kenyataan itu dikeluarkan walaupun pengerusi PKR negeri Baru Bian semalam berkata ia dibatalkan berdasarkan keputusan majoriti pimpinan negeri.

Azmin dalam pertemuan dengan Baru dan pemimpin PKR Sarawak

Baru Bian semalam membatalkan penganjuran acara itu sebagai tanda protes terhadap keputusan menggugurkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai perasmi Kongres AMK bulan depan.

Perkembangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada perang proksi kem-kem dalam PKR.

Sementara itu, Nik Nazi juga berkata ibu pejabat PKR telah lama bermasalah dalam menguruskan konvensyen negeri itu.

Beliau berkata isu berkaitan kongres itu dan kuasa autonomi PKR negeri hanya ditimbulkan kemudian.

Nik Nazmi malah menyenaraikan kronologi berkaitan kongres itu bermula dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk menagnjurkan konvensyen itu pada 20 September lalu.

Antaranya, menurut kronologi itu, terdapat isu pertukaran tempat beberapa kali dari Sibu ke Miri dan kemudian di Kuching.