Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Amaran hujan lebat di Johor hingga Jumaat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku di Johor sehingga Jumaat.

Hujan lebat diramal berlaku di Mersing dan Kota Tinggi, menurut kenyataan MetMalaysia.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran cuaca tahap berwaspada bagi hujan lebat di Segamat dan Kluang bagi tempoh sama.

Keadaan sama turut dijangka melanda Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang selain Dungun dan Kemaman di Terengganu.

- Bernama