Zahid: Keputusan PRK Tg Piai 'referendum kecil' pada PH
Presiden BN Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan PRK Tanjung Piai sebagai "referendum kecil" terhadap pimpinan Pakatan Harapan (PH).
"Ini memperlihatkan bahawa PH ditolak pengundi Tanjung Piai dan ini manifestasi kepada penolakan keseluruhan.
"Walaupun ia bukan satu referendum peringkat nasional, tetapi ia merupakan referendum kecil," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Katanya lagi, bukan saja pengundi Cina malah golongan muda juga kembali kepada BN.
"Walaupun mereka tahu tiada peruntukan untuk anggota parlimen pembangkang, bagi mereka itu tidak sepenting menghantar isyarat kepada kerajaan, bahawa ia bukan sekadar (tentang) manifesto tetapi mereka harus memikirkan ketidakpuasan hati rakyat bukan saja di Tanjung Piai," katanya lagi.
Zahid juga setuju dengan cadangan ketua pembangkang Ismail Sabri Yaakob agar parlimen dibubarkan susulan kemenangan besar BN di PRK itu.
"Itu adalah pendirian seluruh anggota parlimen pembangkang. Bagi kami apa yang berlaku di Tanjung Piai adalah isyarat dan ia harus difahami dengan jelas," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata pembangkang tidak akan berusaha untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pada Sabtu lalu Wee Jeck Seng dari MCA menang PRK Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi.
Beliau meraih 25,466 undi untuk mengalahkan calon PH Karmaine Sardini yang mendapat 10,380 undi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai