Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

AGC didakwa tak adakan inkues lepas 3 tahun tahanan mati

Satu lagi aduan mengenai Pejabat Peguam Negara tidak mengadakan inkues selepas kematian dalam tahanan telah muncul, kali ini melibatkan seorang banduan yang "mati dengan menggantung diri" hanya tiga bulan sebelum dia dibebaskan dari penjara.

Peguam M Manoharan, yang juga bekas Adun Kota Alam Shah, berkata M Mageswaran, yang sepatutnya dibebaskan dari penjara Seremban pada 30 Julai 2017 selepas menjalani hukuman penjara 14 tahun, didapati mati pada 24 April 2017 .

"Dengan surat bertarikh 3 Januari, 2019, pengarah pendakwaan Negeri Sembilan Wan Shaharuddin Wan Ladin menjanjikan inkues akan diadakan di Mahkamah Sesyen Seremban berhubung kematian Mageswaran.

"Walaupun telah berjanji, Pejabat Peguam Negara setakat ini belum mengadakan inkues terhadap kematian Mageswaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manoharan juga berkongsi surat daripada pejabat timbalan pendakwa raya negeri yang menjanjikan inkues itu.

Pada masa yang sama, Manoharan berkata keluarga itu juga telah memfailkan saman sivil terhadap kerajaan pada 31 Dis, 2018 kerana dakwaan berlaku kecuaian.

Semalam, peguam kepada keluarga warga Nigeria, Thomas Orhions Ewansiha yang meninggal dunia di pusat tahanan imigresen pada 4 Julai lepas mengadu inkues masih belum dibuat walaupun sudah empat bulan berlalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh berkata mereka dimaklumkan kertas siasatan masih belum selesai sehingga Oktober.

"Sungguh mengejutkan bahawa siasatan belum selesai walaupun hampir empat bulan telah berlalu sejak kematian Encik Thomas," kata kedua peguam itu.

Semalam, peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal, dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa Mahkamah Koroner tidak dapat menyiasat kematian Thomas sehingga menerima kertas siasatan.

"Sungguh mengejutkan bahawa siasatan belum selesai walaupun pada hakikatnya hampir empat bulan telah berlalu sejak kematian Thomas," kata kedua-dua peguam itu.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid, kertas siasatan (IP) mengenai kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Ogos lalu.

[Baca berita asal]