PM: Usahawan luar bandar kena maju, kerja guna mesin
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa usahawan luar bandar bekerja dengan lebih rajin supaya dapat menaik taraf produktiviti produk seiring perkembangan teknologi moden sekaligus meningkatkan pendapatan.
Mahathir berkata, beliau yakin sesiapa yang rajin pastinya mempunyai peluang memperoleh duit yang banyak.
Katanya, peluang meningkatkan pendapatan banyak ditunjukkan di Karnival Usahawan Desa Putrajaya 2019 (KUD@KPLB Putrajaya).
"Saya harap semua akan berusaha kerana kita (kerajaan) punya hasrat ialah supaya orang di kampung juga dapat sama dengan orang di bandar tapi kalau orang di kampung tak buat apa, dia tak dapatlah kerana dia kena rajin.
"Seperti di karnival ini, banyak barang yang boleh dibuat, mesin pun ada, kalau nak buat banyak (perbesarkan produk) pakai mesin maka kita (usahawan) kena majukan diri," katanya yang meluangkan masa lebih sejam meninjau tapak karnival di Putrajaya hari ini.
Mahathir berkata, apabila perniagaan diperkasakan, usahawan luar bandar akan dapat tambah pendapatan dan tidak lagi ketinggalan berbanding orang bandar.
"Di sini pun, mesin pun tidak berapa mahal dan saya ingat yang murah pun ada," katanya.
KUD Putrajaya berlangsung selama lima hari bermula dari 17 Oktober hingga 21 Oktober.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai