Pembantu kedai ditahan, didakwa ada kaitan LTTE
Seorang lagi individu ditahan polis dari Bukit Aman di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).
Seorang sumber mengesahkan penangkapan Thanaraj Sivam, pembantu kedai berusia 25 tahun di Bukit Minyak pada pukul 10 pagi hari ini.
"Kami dimaklumkan penangkapannya oleh keluarganya kerana dia adalah ahli NGO kami," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Sumber dari Bukit Aman mengesahkan penangkapan itu berkata Thanaraj adalah salah satu daripada empat orang yang ditahan hari ini berkaitan dengan LTTE.
Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah suspek yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) (Sosma) seramai 11 orang.
Pada 11 Okt, tujuh individu termasuk dua pemimpin DAP ditahan kerana didakwa mempromosikan, menyokong, dan memiliki bahan dan mengagihkan dana yang mempunyai kaitan LTTE.
Menuru Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay, polis mempunyai 28 hari untuk menyiasat perkara itu di bawah Sosma.
Ayob tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan ditahan untuk membantu siasatan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai