Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

KWSP sambut baik manfaat sosial dalam Belanjawan 2020

Ketua Pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tunku Alizakri Alias menyatakan rasa puas hati pihaknya dengan Belanjawan 2020 yang disifatkan mengambil kira perubahan demografik yang pantas, persekitaran kerja yang berkembang dan kesejahteraan sosial.

"KWSP gembira apabila kebimbangan sosial yang sering kami bangkitkan didengar oleh kerajaan dan dicerminkan dalam belanjawan dengan penyelesaian yang unik kepada isu unik yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"KWSP diberi penghormatan untuk mentadbir inisiatif MalaysiaKerja, dengan program kerja yang berbeza yang bertujuan menyediakan peluang pekerjaan untuk segmen utama tenaga kerja Malaysia serta mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing berkemahiran rendah," tambahnya.

"MalaysiaKerja adalah langkah penting untuk menyelesaikan isu kritikal di negara ini, seperti gaji rendah dan pengangguran belia yang tinggi terutamanya dalam kalangan siswazah baru serta membolehkan program kembali bekerja untuk wanita," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan MalaysiaKerja juga akan memastikan keperluan persaraan masa depan para penerima manfaat terjamin, kerana insentif akan dihantar melalui KWSP.

"Dijangkakan bahawa sebahagian daripada insentif itu akan segera tersedia kepada penerima menerusi mekanisme pengeluaran baru yang akan dibangunkan oleh KWSP," katanya.

[Baca berita penuh]