Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Parti Sosialis menang pilihan raya Portugis

GLOBAL | Parti Sosialis (PS) pimpinan Perdana Menteri Portugis, Antonio Costa, dijangka memenangi pilihan raya negara itu dengan 36.7 peratus undi, lapor agensi berita Xinhua memetik keputusan awal diumum Kementerian Pentadbiran Dalam Negeri.

Setakat ini sebanyak 97.1 kertas undi telah dikira.

Parti pembangkang utama, Parti Demokratik Sosial (PSD) berada di belakang dengan 28.6 peratus undi.

Pilihan raya yang berlangsung pada Ahad itu menyaksikan 230 kerusi dipertandingkan dengan disertai 21 parti politik atau pakatan.

-Bernama