Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Tanjung Piai
Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi parlimen Tanjung Piai, Johor berikutan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan hari ini berkata selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, suruhanjaya itu hendaklah mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan diterima.
"Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi parlimen kawasan P 165 Tanjung Piai, Johor dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan," katanya dalam kenyataan itu.
Md Farid, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi Sabtu lalu di Hospital Pontian, Pontian akibat serangan jantung.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai