Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Goldman Sachs hantar peguam pemerhati ke bicara kes 1MDB

Goldman Sachs, yang didakwa membantu dalam penyalahgunaan dana 1MDB, turut memerhati perbicaraan kes 1MDB Najib Razak.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Raehan Yogaratnam hari ini hadir ke mahkamah bagi pihak bank pelaburan antarabangsa itu.

“Untuk persediaan bagi kes akan datang,” kata Hisyam kepada Malaysiakini ketika ditanya berkaitan kepentingan Goldman Sachs dalam kes itu.

Disember tahun lalu, Jabatan Peguam Negara memfailkan pertuduhan jenayah terhadap anak syarikat Goldman Sachs dan bekas pekerjanya Tim Leissner dan Roger Ng Chong Hwa.

Roger Ng Chong Hwa

 Awal bukan ini, pertuduhan jenayah berkaitan 1MDB dibuat terhadap 17 pekerja dan bekas pekerja syarikat itu.

Sebelum itu, ketua pasukan pendakwaan Gopal Sri Ram dalam pernyataan permulaan ketika perbicaraan kes 1MDB Najib merujuk nama Goldman Sachs sebanyak lima kali.

Goldman Sachs didakwa mengenakan yuran tinggi untuk menguruskan tiga bon untuk 1MDB, yang kemudian didakwa disalah guna untuk kepentingan tiga pihak, termasuk Najib.

Goldman dikatakan membuat untung sebanyak AS$582.5 juta (RM2.44 bilion).

Januari lalu, ketua eksekutif Goldman Sachs David Solomon memohon maaf kepada Malaysia susulan peranan pegawainya dalam skandal 1MDB.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata permhononan itu tidak cukup dan kerajaan mahu Goldman Sachs membayar pampasan.

Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd turut menghantar peguamnya Guok Ngek Seong untuk memerhati kes itu.

Konsortium Satu dikatakan salah satu penerima dana dari Najib, yang didakwa menggunakan wang 1MDB.

Badan Peguam Malaysia turut menghantar peguam pemerhati Roger Chan dan Rajsurian Pillai.

[Baca berita asal]