Sarapan percuma murid sekolah rendah bermula 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara bermula Januari 2020.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, KPM amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.
"Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
"Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Melalui program itu nanti katanya, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
"KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai