Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

K’jaan gubal pelan cegah ekstremisme keganasan

Kerajaan sedang menggubal pelan tindakan kebangsaan (NAP) bagi Menangani Ekstremisme Keganasan (PCVE) kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya kerajaan akan merujuk beberapa panduan yang ditetapkan badan antarabangsa supaya ada keseragaman terhadap plan tersebut.

“Kami nak ambil pengalaman terhadap apa yang berlaku terlebih dahulu.

“Kerajaan sedang berbincang dan belum diputuskan (pelaksanaannya) kerana melibatkan pelbagai agensi bukan KDN (Kementerian Dalam Negeri) sahaja.

“Resolusi dalam seminar PCVE mungkin dapat membantu ke arah penyediaannya," katanya dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak hari ini.

Sebelum itu Muhyiddin merasmikan Seminar Antarabangsa Nilai Keagamaan Dalam Mencegah Ekstremisme Ganas.

Pihaknya juga tidak menetapkan tempoh masa bila ia akan dilaksanakan.