Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Talian SKMM untuk halang ucapan kebencian - Kit Siang

Talian hotline yang dilancarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak boleh dianggap sebagai menghalang kebebasan berucap terhadap sesiapa saja, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata, ini kerana hubungan kaum di negara ini semaking renggang sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

"Fenomena berita tidak benar meluas di Internet, memberi ruang kepada ucapan kebencian yang boleh menyebabkan isu perkauman terutama dalam masyarakat majmuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Lim, ucapan yang mengandungi kebencian dan hasutan terhadap agama dan kaum lain tidak seharusnya dibenarkan.

Semalam, senator Umno Khairul Azwan Harun mengkritik Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo susulan langkah SKMM menyediakan talian WhatsApp bagi membolehkan orang ramai melaporkan kandungan yang 'menyinggung' di media sosial.

Khairul menyifatkan langkah tersebut sebagai tidak demokratik dan pihak berkuasa tidak sepatutnya diberikan kuasa menghalang kebebasan bersuara.

"Khairul Azwan betul jika dia minta kawalan penyalahgunaan hotline SKMM, tetapi salah dan tidak bertanggungjawab jika mencadangkan kebebasan berucap terhadap semua orang yang boleh membangkitkan isu perkauman dan agama di Malaysia.

"Telahpun kita lihat kerosakan yang berlaku akibat ucapan kebencian, pembohongan, penipuan, berita palsu untuk mencetuskan syak wasangka, keraguan, kebimbangan dan kebencian dengan menyentuh isu kaum dan agama dalam tempoh 15 bulan lalu,” kata Lim.

[Baca berita penuh]