Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Hadi tewaskan tenggiri 10kg

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkongsi hobi memancingnya dengan rakyat Malaysia.

Di Facebook, beliau berkongsi gambar ketika menghadiri aktiviti membuang unjang di perairan Pulau Kekabu, Marang hari ini.

Abdul Hadi menyertai aktiviti tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program ‘Terengganu Tenggiri Challenge’ yang bakal diadakan 20-21 September ini.

"Hari ini saya menyertai program buang unjang bagi program ‘Terengganu Tenggiri Challenge’ untuk menarik banyak ikan di Pulau Kekabu, Marang.

"Semoga program ini dapat menarik minat ramai pemancing dan pelancong untuk datang ke Terengganu," tulisnya.

Sementara itu, anggota Parlimen Marang juga berkongsi gambar memancing selepas aktiviti membuang unjang selesai, di profil beliau.

Sinar Harian melaporkan beliau berjaya menaikkan seekor tenggiri yang beratnya dianggarkan 10kg.