Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kes denggi di Melaka meningkat 300%

Jumlah kes denggi di Melaka meningkat iaitu mencatat sebanyak 904 kes yang dilaporkan sehingga minggu ke-23 yang berakhir pada 8 Jun 2019.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong berkata angka tersebut mencatat peningkatkan sebanyak 679 kes atau 301.78 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Daerah Melaka Tengah mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 665 kes berbanding daerah Alor Gajah mencatat sebanyak 125 kes dan Jasin sebanyak 114 kes,”katanya dalam satu kenytaan hari ini.

Beliau berkata terdapat penurunan kes pada minggu ini berbanding minggu lepas iaitu sebanyak 3 kes atau 10.3 peratus.

Katanya Kumulatif kematian yang dilaporkan sehingga Minggu 23 adalah sebanyak lima kematian.

Low berkata menurut statistik kes denggi di Melaka adalah seperti berikut iaitu sebanyak 193 kes dilaporkan pada Januari, Febuari (145 kes), Mac (192 kes), April (159 kes), Mei (160 kes) dan Jun (55 kes).

Beliau berkata sebelum ini terdapat sebanyak 66 lokasi wabak denggi di Melaka dan sebanyak 62 kawasan wabak telah tamat.

Low berkata empat kawasan wabak yang masih aktif ialah Taman Merlimau Baru, Jalan Masjid, Taman Bemban Jaya dan Rumah Awan Pondok Kempas (Jasin).

- Bernama