'Haziq dilindungi pemimpin PKR tertentu?'
Timbalan Ketua Pemuda PKR Sabah Blisson Zainduddin memberi gambaran wujud persepsi tentang kewujudan plot dalaman terhadap Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dalam klip video lucah.
Dalam kenyataannya, Blisson berkata Haziq Abdullah Abdul Aziz belum dipecat dari PKR meskipun membuat tuduhan terhadap pemimpin nombor dua parti mereka.
"Saya sendiri tertanya kenapa lelaki yang mengaku melakukan 'jenayah' dan jelas memfitnah pemimpin utama PKR tidak diambil tindakan. Bukan dipecat (dari PKR) malah tidak digantung pun.
"Kerana inilah menimbulkan persepsi bahawa ada pemimpin tertentu dalam parti turut terlibat melindungi (Haziq)," katanya.
Meskipun tidak menyebutkan pemimpin yang dimaksudkannya, Blisson mendakwa Haziq rapat dengan kumpulan Rafizi Ramli pada pemilihan PKR yang lalu.
"Lelaki itu (Haziq) saya kenal sejak pemilihan PKR lalu. Dia dikenali sebagai baru menyertai PKR yang sebelum ini dikenali aktif dengan BN.
"Namun, walaupun dia baru masuk parti, dia diberi kelulusan khas untuk bertanding dalam pemilihan parti dan rapat dengan kem 'Reformasi 20 tahun' di bawah Rafizi," katanya.
Dalam pemilihan PKR sebelum ini, Rafizi, yang dilihat merupakan salah seorang penyokong setia Anwar Ibrahim, gagal mengalahkan Azmin dalam merebut jawatan timbalan presiden PKR.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai