Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

SPRM ikrar sokong KP baru

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikrar akan menyokong ketua pesuruhjaya baru Latheefa Koya yang lantikannya berkuat kuasa pada 1 Jun ini.

Pada hantaran Facebook petang ini, SPRM menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas ketuanya Mohd Shukri Abdull atas jasa cemerlangnya mengendalikan kes berprofil tinggi.

"SPRM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa Dato' Sri Mohd. Shukri dalam tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Dalam tempoh berkenaan, Mohd Shukri telah berjaya memimpin SPRM dengan cemerlang termasuk menyelesaikan dua kes berprofail tinggi yang menjadi keutamaan beliau.

"Warga SPRM akan terus memberi sokongan kepada Ketua Pesuruhanjaya yang baru," kata suruhanjaya itu pada hantaran di Facebook.

Terdahulu hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan Shukri memutuskan untuk memendekkan kontrak dua tahun perkhidmatannya yang akan tamat pada 17 Mei tahun depan.

Shukri memberitahu Malaysiakini beliau telah mencapai misinya dan meletakkan suruhanjaya itu pada landasan yang betul.

Skukri berkhidmat dengan badan antirasuah itu selama 32 tahun sebelum bersara pada 2016.

Beliau menyertai Badan Pencegah Rasuah pada 1984 sebagai pegawai penyiasat setelah tamat pengajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM selepas PH menang pilihan raya umum tahun lalu.