Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

'Terus-terang, tak berat sebelah' - China puji pendirian Dr M terhadap Huawei

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendapat penghargaan dari China berhubung pendiriannya terhadap syarikat teknologi Huawei.

Pujian itu, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang kerana Dr Mahathir memberitahu Amerika Syarikat serta negara-negara Barat lain supaya tidak mengancam pesaing perniagaan.

Lu Kang berkata kenyataan perdana menteri itu cukup "berterus-terang dan tidak berat sebelah".

"Negara-negara membangun termasuk China dan Malaysia berhak mendapat hak untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi.

"Dalam era globalisasi ekonomi, negara-negara, dengan mengejar pembangunan bersama melalui kerjasama yang bersifat menang-menang, sebenarnya sedang mewujudkan ruang pembangunan yang lebih luas dan membuat bahagian kepentingan umum yang lebih besar untuk dikongsi bersama oleh semua pihak.

"Kami berharap negara-negara tertentu akan mendengar nasihat daripada Mahathir, mengamalkan sikap adil terhadap kemajuan negara-negara membangun dan melihat lebih banyak peluang dalam pembangunan mereka," katanya, menurut laman web kedutaan besar China di Kuala Lumpur.

'Pohon lampai berbuah lebat'

Sementara itu, duta republik itu ke Malaysia Bai Tian menulis sepcuk surat sepajang tujuh halaman, berjudul 'China-Malaysia Sahabat Selamanya', mengenai hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

"Selama 45 tahun yang lalu, hubungan China-Malaysia telah bertahan menghadapi jatuh bangun (hubungan) antarabangsa dan domestik, berkembang ibarat sepohon anak pokok persahabatan yang tumbuh menjadi pokok lampai yang menaungi, dan lebat buah-buahannya memberikan nikmat manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

"Jika (kami) membandingkan hubungan China-Malaysia dengan kiasan sepohon pokok, (maka) keyakinan politik bersama akan menjadi tanah yang menyuburi pohon itu.

"Kerjasama bersifat menang-menang (untuk semua pihak) akan menjadi sumber berterusan yang mengairi pohon tersebut," katanya.

Bai menjanjikan China akan mengutamakan faedah bersama berkaitan dengan hubungan negaranya dengan Malaysia dan bukannya "mencari kepentingan yang bersifat mementingkan diri sendiri".

Mahathir, yang menghadiri persidangan Nikkei The Future of Asia di Tokyo, berkata Malaysia tidak akan menutup pintu perkembangan teknologi daripada Huawei.

"Kami akan menggunakan teknologi mereka sebanyak mungkin," katanya.

Perdana Menteri berkata Amerika Syarikat mesti menerima kenyataan bahawa keupayaan penyelidikan dan pembangunan teknologi yang hebat juga boleh dijumpai di Timur.

"Jika saya tidak menjadi peneraju, saya akan mengharamkan kamu, saya akan menghantar kapal perang" - itu bukan persaingan. Itu membuat ancaman," katanya.

[Baca berita penuh]