China lulus import durian beku dari M'sia - Timb menteri
Timbilan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata masa depan industri durian sangat cerah tetapi produknya perlu dipelbagaikan termasuklah mempromosikan pelancongan ke dusun raja buah itu.
Hal ini selepas kerajaan China secara rasminya meluluskan import buah durian sejuk beku dari Malaysia berkuatkuasa 30 Mei 2019, jelasnya.
"Masa depan Industri durian kita sangat cerah. Tetapi kita harus mempelbagaikan industri durian dengan menambah nilai dengan menghasilkan lebih banyak produk durian downstream seperti ice cream durian, biskut durian dan sebagainya.
"Kita juga harus menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati durian di dusun-dusun durian di Malaysia. Ini dipanggil DurioToirism," kata Sim pada hantaran di Facebook hari ini.
Katanya, kelulusan pentadbiran China untuk megimport durian dalam bentuk sebiji buah penuh sejuk beku merupakan hasil tuaian kerja keras Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Salahuddin Ayub serta Duta Besar republik itu ke Malaysia, Bai Tian.
"Tarikh kelulusan ini juga sangat tepat masanya kerana kita baru menyambut ulangtahun jalinan hubungan diplomatik ke-45 beberapa hari lepas... satu petanda bahawa hubungan Malaysia-China semakin akrab.
"Kerana untuk menjayakan protocol ini dalam masa yang begitu singkat memerlukan usaha banyak pihak daripada kedua-dua negara.
"Bai Tian atas usaha beliau... antara orang yang mengusahakan kerja rumit ini secara di belakang tabir," jelas Sim lagi.
Menurutnya, setiap tahun, kira-kira 300,000 tan metrik durian dieksport ke China tetapi kebanyakannya datang dari Thailand.
Sementara itu, menjelaskan lanjut, Sim berkata Malaysia mengeksport 17,000 tan durian setiap tahun ke Singapura, Thailand, Hong Kong, Australia, China dan Amerika Syarikat, menjadikannya penyumbang sebanyak 5.8 peratus pengeluaran durian dunia setiap tahun.
"Maka dengan pengeksportan durian bulat sejuk beku, ia membuka pasaran kepada pekebun durian dan sudah pasti akan meningkatkan pendapatan mereka.
"Ramai petani juga mula menanam durian secara komersil, maka kita menjangkakan jumlah hasil durian akan meningkat. Maka, harga durian dijangka stabil walaupun eksport juga meningkatkan
"Industri durian kita mempunyai sejarah yang sangat panjang. Hari ini adalah milestone yang agak penting untuk industri durian Malaysia. Syabas dan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga menjayakan kerja ini," ujarnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai