Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Bukan istana lapor polis, kata TMJ

Kemaskini | Istana Johor tiada kaitan dengan penahanan seorang penulis yang dikatakan mengkritik seorang putera raja, kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Salam Jumaat. Istana Johor tidak pernah buat report (laporan) dari dulu hingga ke hari ini.

“Jikalau ada report ia kemungkinan dari pihak lain. This have nothing to do with us (ini tiada kaitan dengan kami),” titahnya di Twitter.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini sekitar jam 8.30 malam mendapati tweet berkenaan telah dipadamkan oleh Tunku Ismail.

Terdahulu, penulis kreatif dan penerbit buku indie, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong didakwa ditahan malam tadi di balai polis di Kuala Lipis, Pahang sebelum dibawa ke Balai Polis Tampoi, Johor pagi tadi.

Aktivis dan penulis grafik Fahmi Reza melalui Facebook berkata ia dipercayai berkaitan ciapan mengenai “seorang anak raja”.

Semalam, Pipiyapong membuat hantaran di media sosial, berkata dia diminta hadir ke balai polis dan memerlukan bantuan guaman.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan rasa tidak senang dengan penangkapan itu, selain ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap “raja-raja yang memerintah”.

 Menulis di Twitter, TMJ berkata sempena bulan Ramadan yang mulia ini, baginda sekeluarga ingin “menjalankan tugas kami bersama rakyat dan beribadah”.

TMJ berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Internet sama ada penahanan itu dibuat berdasarkan laporan pihak baginda,

“Jika daripada pihak lain, harap pertimbangan Tunku yang ada locus standi untuk menitahkan pihak itu tarik balik report. Kalau @AGCPutrajaya dah charge (tuduh di mahkamah) nanti panjang pula ceritanya,” tulis #Team8Rakaat.

Sementara itu, baginda juga meminta orang ramai tidak mengaitkan istana dengan “isu-isu atau sebarang fitnah”.


Pipiyapong tidur lokap kerana 'akta sakit hati'

PM kesal polis tangkap penulis ‘kritik anak raja’