Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Parti Ibrahim Ali dapat lampu hijau

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang diasaskan Presiden Perkasa Ibrahim Ali telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini.

Kelulusan dibuat mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

Pada 17 Ogos lalu, Ibrahim secara rasmi mengumumkan penubuhan Putra, yang dikatakan untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam pascaPRU ke-14.

Ketika itu, Ibrahim berkata beliau didesak pelabgai pihak yang tidak puas hati dengan hal berkaitan bumiputera yang "dalam keadaan yang cukup bercelaru".

Ibrahim menjadi presiden penaja parti itu manakala bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Khalid Yunus sebagai timbalannya.

Ibrahim akan mengadakan sidang media khas berkenaan kelulusan Putra esok.