Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Berikan pembangkang suara di Sandakan, kata calon PBS

PRK SANDAKAN | Pada permulaan tempoh kempen 14 hari pilihan raya kecil kali ini, calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Linda Tsen menggesa para pengundi untuk mengakhiri monopoli gabungan parti pemerintah terhadap kerusi DUN dan persekutuan di kawasan Sandakan.

Tsen berkata pemilihannya sebagai wakil rakyat akan memastikan semak dan imbang yang lebih baik terhadap kerajaan negeri yang dipimpin Warisan dan kerajaan persekutuan yang ditadbir PH.

Tsen, 63 tahun berkata beliau tahu cabaran sebagai MP kerana beliau pernah menjadi anggota prlimen Batu Sapi, yang terletak bersebelahan Sandakan selama lapan tahun dan enam bulan.

"Saya seikhlasnya membantu orang ramai. Saya melaksanakan kerja saya dengan serius tetapi saya tidak memuji diri saya berharap. Saya berharap (pengundi) Sandakan akan memberi saya peluang untuk mewakili mereka di parlimen selaku pembangkang.

"Seluruh Sandakan jatuh di bawah parti pemerintah. Kami tidak mempunyai satu MP pun, tidak ada satu pun (wakil) parti pembangkang.

"Kami kalah di kawasan Cina secara keseluruhannya. Ini kali pertama (untuk Sandakan) menggunakan bendera PBS. PBS ialah parti politik pelbagai kaum," katanya selepas penamaan calon di SMJK Tiong Hua, Sandakan.

Semak dan imbang

Pada PRU14, DAP buat pertama kalinya, bukan setakat menguasai kerusi parlimen Sandakan tetapi juga dua kerusi DUN iaitu di Elopura dan Tanjung Papat.

Ketika pilihan raya terdahulu, DAP menang kerusi parlimen Sandakan (melalui Fung Ket Wing yang menyandang kerusi itu dari 1978 hingga 1990) tetapi kalah kedua-dua kerusi negeri di situ.

Beliau menjelaskan PBS akan mengetengahkan hujah semak dan imbang pada sepanjang tempoh kempen.

"Ya, semak dan imbang. Kami memerlukan sekurang-kurangnya seorang untuk melakukannya. Jangan lupa Sandakan tidak mempunyai wakil pembangkang.

"Saya juha menghargai Star, Sapp, Usno dan MCA, mereka tidak menghantar mana-mana calon untuk bertanding. Jika setiap parti (pembangkang) meletakkan calon, kami akan kalah kerana perpecahan undi," katanya.

Pilihan raya kecil Sandakan menyaksikan pertembungan lima penjuru

Pegawai pilihan raya SPR, Mohamad Hamsan Awang Supain hari ini mengesahkan penamaan calon DAP Vivian Wong, Tsen dan tiga orang bebas untuk pilihan raya akan datang.

Calon bebas ialah Hamzah Abdullah, Chia Siew Yong dan Sulaiman Abdul Samad.

[Baca berita penuh]