Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Tak benar kapal APMM ceroboh perairan Indonesia - KP

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan laporan media Indonesia yang mendakwa kapal perondanya bersama kapal nelayan Malaysia ditahan pihak berkuasa negara jiran itu pada Selasa lalu kerana didakwa menceroboh perairannya berhampiran Medan, Sumatera.

Ketua Pengarah APMM Laksanama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata bercanggah dengan laporan media, kawasan yang terletak 15 batu nautika dari arah tenggara Pulau Jarak, Perak itu merupakan wilayah pertikaian di antara Malaysia dan Indonesia.

"Nelayan kita ditangkap di kawasan perairan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara tetangga ini.

"Agensi (penguatkuasaan) Indonesia patut tahu ia kawasan perairan yang menjadi pertikaian tetapi mereka kelihatannya memiliki pandangan yang berbeza," kata Zulkifli ketika sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin ketika lawatan rasmi ke pengkalan udara APMM di Subang.

Beliau berkata agensi itu juga akan mengemukakan nota bantahan melalui Wisma Putra mengenai kejadian itu.

Terdahulu dalam ucapannya menghargai peranan APMM dalam menjaga keselamatan perairan negara termasuk daripada pencerobohan kapal-kapal asing.

[Baca berita penuh]