Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

‘Undi BN dapat RM50' cubaan burukkan nama, kata Mat Hasan

PRK RANTAU l Penyokong BN di Rantau dilaporkan mendapat panggilan telefon bahawa mereka akan dibayar RM50 jika mengundi gabungan itu, kata calonnya, Mohamad Hasan.

Menurutnya, tindakan itu adalah cubaan untuk memburukkan nama BN, sedangkan mereka tidak membuat tawaran sedemikian untuk memancing undi.

“Saya telah pun dihubungi bahawa ada usaha yang dilakukan (dengan) telefon pengundi-pengundi tegar BN.

“(Mereka) dan menelefon individu-individu tersebut supaya keluar mengundi dan mengundi BN dan mereka akan dibayar dengan duit.

“Saya suruh mereka buat laporan polis. Saya rasa ini satu cara memburukkan nama BN. Kita tak penah ada langsung niat usaha apa-apa pun yang kita buat untuk pancing undi (dengan duit),” kata Mohamad pada sidang akhbar di Rantau hari ini.

Pemangku presiden Umno itu berkata beberapa individu bertanyakannya mengenai bayaran yang dijanjikan itu sejak dua hingga tiga hari lalu.

PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan  Mohamad, calon Pakatan Harapan Dr S Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Kerusi itu kosong selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan untuk mengisytiharkan kemenangan Mohamad pada PRU lepas sebagai terbatal.

Ini berpunca daripada tindakan pegawai SPR menghalang Streram daripada memfailkan kertas pencalonannya pada pilihan raya umum 2018.

[Baca berita penuh]