Azmin tak tahu spekulasi dilantik jadi TPM
Sejak beberapa bulan lalu timbul spekulasi yang mengatakan bukan Presiden PKR Anwar Ibrahim, tapi sebaliknya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang akan dijadikan timbalan perdana menteri, dan seterusnya menggantikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Spekulasi terbaru mengatakan Azmin akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Hari Raya Aidilfitri awal Jun ini.
Jawatan timbalan perdana menteri ketika ini disandang isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun, Azmin, yang juga merupakan menteri hal ehwal ekonomi berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang khabar angin itu.
"Saya tak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Azmin juga menegaskan bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memenuhi janji yang dibuat kepada rakyat dan bukannya berhubung jawatan.
"Ada banyak perkara yang perlu dilakukan dan kita diberi mandat oleh rakyat untuk memperbaiki sistem pelaksanaan.
"Kita sudah turun padang mendapatkan maklum balas rakyat dan pihak berkepentingan. InsyaAllah kita akan lakukan yang terbaik untuk memenuhi janji kepada rakyat. Itu seharusnya tumpuan utama.
"Perkara ini (pelantikan timbalan perdana menteri) tidak seharusnya timbul sama sekali," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini bersetuju menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun namun terdapat dakwaan yang mengatakan wujud cubaan untuk menggagalkan peralihan kuasa itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai