Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Streram: Beri kupon pada kanak-kanak bukan kesalahan p'raya

PRK RANTAU |  Tindakan Anggota Parlimen PH Miri Dr Michael Teo yang mengedarkan kupon makanan kepada kanak-kanak miskin di lima buah sekolah di Rantau, tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil DUN itu, jelas calon PH Dr S Streram.

Katanya, ini kerana kanak-kanak yang menerima sumbangan peribadi dari Teo bukanlah pengundi Rantau dan pemberian kupon makanan percuma yang dilakukan sebelum pencalonan pilihan raya kecil Rantau.

"Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya, ia sumbangan peribadi (Teo), kanak-kanak sekolah bukan pengundi.

"Pada pendapat saya, ini bukan satu kesalahan kerana ini (pemberian kupon makanan percuma dilakukan) sebelum (30 Mac) hari penamaan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Streram membantah Bersih yang mendakwa Teo melakukan kesalahan pilihan raya walaupun kupon makanan percuma diberikan kepada 300 kanak-kanak di lima buah sekolah di Rantau sebelum hari penamaan calon 30 Mac ini.

Kritikan Bersih muncul selepas Teo dilaporkan memberi kupon makanan percuma kepada kira-kira 300 murid dari lima sekolah dengan masing-masing menerima sumbangan antara RM50 hingga RM150.

Streram percaya niat Teo untuk membantu murid-murid berkenaan adalah ikhlas.

"Sebagai anggota parlimen, beliau telah mengambil berat terhadap pelajar miskin dan beliau telah datang dari Miri untuk membantu para pelajar ini," katanya.

Menurut Streram lagi, Teo menggunakan wang peribadinya untuk membiayai program yang dimulakan MP itu di Miri dan beliau telah merancang untuk melakukannya di seluruh negara.

Beliau yang pakar bedah berkata dirinya dan Teo saling mengenali antara satu sama lain dan beliau secara peribadi meminta Teo untuk memperluaskan program kupon makanan percuma ke Rantau ketika mereka bertemu satu sama lain semasa kongres PKR dan pemilihan parti yang diadakan pada November 2018.

"Kali terakhir kami bertemu, saya bertanya kepadanya jika beliau mampu, mengapa tidak melaksanakannya di Rantau.

"Ini adalah keperluan untuk sekolah kerana sekolah (akan) dibuka pada hari Isnin (akan datang ini)," jelas Streram ketika pemberian kupon makanan percuma itu.

[Baca berita penuh]