Portal, aplikasi semak daftar pemilih SPR kembali berfungsi
Aplikasi MySPR dan portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengalami masalah teknikal sudah boleh diakses semula pada pukul lapan malam tadi.
Pengerusi SPR Azhar Harun berkata ia disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku menyebabkan kedua-dua aplikasi itu tidak dapat berhubung dengan pangkalan data utama pengundi.
"SPR mengambil maklum mengenai masalah dalam membuat semakan nama pemilih melalui MySPR Semak dan portal SPR.
“Kedua-dua kemudahan semakan ini bagaimanapun sudah boleh diakses semula mulai lapan malam tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar turut memberi jaminan maklumat pemilih dalam pangkalan data SPR tidak terjejas berikutan masalah tersebut.
Beliau menegaskan bahawa daftar pemilih pilihan raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N27 Rantau, Negeri Sembilan tidak terjejas.
Azhar turut memaklumkan daftar pemilih pilihan raya bagi PRK DUN Rantau sudah mula dijual pada 14 Mac lepas.
SPR juga dijadualkan akan mengedarkan kad pengundi mulai 27 Mac kepada semua pengundi bagi PRK DUN Rantau, katanya.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai