Sajak Dr M: Ayuh bangsaku, mari kita curi supaya boleh jadi boss
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis serangkap sajak yang disiarkan di blognya hari ini.
Dengan tajuk Budaya Baru, beliau tidak merujuk sesiapa secara khusus tetapi jelas ditujukan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan slogan "malu apa bossku" yang mula menarik minat di media sosial beberapa bulan lalu.
Berikut adalah sajak tersebut:
Budaya Baru
Aku curi. Apa nak malu.
Apatah lagi aku boss kamu.
Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.
Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.
Nak malu apa. Bossku.
Bangsaku tak perlu malu.
Curilah...
Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.
Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.
Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss.
Najib berdepan 42 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB.
Penyiasat antarabangsa mengesyaki sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada syarikat itu.
Melalui istilah 'bossku' itu, Najib menjenamakan dirinya dengan imej yang lebih santai serta jenaka dalam kritikannya terhadap Pakatan Harapan (PH).
Sajak itu turut dikongsi di laman Facebook Mahathir dan setakat 6.07 petang ia sudah mendapat lebih 600 kongsian dan hampir 2,000 komen, termasuk yang mengkritiknya sendiri.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai