AGC mohon sebahagian kandungan afidavit Hamid Sultan dipadam
Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan untuk memadamkan sebahagian besar kandungan afidavit hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer berkenaan dakwaan salah laku hakim.
Afidavit tersebut digunakan dalam saman pemula peguam Sangeet Kaur Deo terhadap Ketua Hakim Negara.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan berkata AGC, yang memfailkan permohonan itu pada 7 Mac - berbuat demikian kerana menyifatkan kandungan tersebut sebagai "serangan penuh kebencian, melampau (scandalous) dan bersifat cabul terhadap kehakiman".
"Hakim menetapkan 3 April ini untuk membenarkan (Sangeet) memfailkan afidavit balasan (terhadap permohonan AGC)," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam saman pemukanya, Sangeet mahu ketua hakim negara - tidak dinamakan dalam samannya - diisytiharkan gagal mempertahankan kewibawaan dan integriti kehakiman apabila gagal menyelesaikan siasatan berkenaan dua dakwaan campur tangan dalam kehakiman.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai