Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

SPR: Pendaftaran pengundi dalam talian diperkenal tahun ini

Rakyat Malaysia boleh mendaftar sebagai pengundi melalui sistem dalam talian dalam masa terdekat, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Aizan Harun.

Dalam wawancara dengan radio BFM semalam, Azhar berkata terdapat 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak belum mendaftar sebagai pengundi.

"Kita akan melancarkan permohonan dalam talian dalam masa terdekat, tahun ini. Sistem atas talian itu sedang dibangunkan dan kini dalam peringkat akhir," katanya.

Ketika ini, rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas boleh mendaftar sebagai pengundi dengan SPR atau pegawai pembantu pendaftar yang dilantik suruhanjaya itu.

Tahun lalu, SPR menubuhkan Jawatankuasa Dasar Penambahbaikan Pendaftaran Pengundi untuk menangani isu berhubung pendaftaran pengundi dan membersihkan daftar pengundi.

Sementara itu, Azhar, yang juga dikenali sebagai Art Harun berkata, SPR dan Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya akan mengemukakan cadangan bagi memperkenalkan pendaftaran mengundi secara automatik.

Bagaimanapun, Azhar berkata ia bukan tugas mudah kerana SPR memerlukan akses kepada data dari Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Penjara untuk memastikan individu yang mendaftar dengan SPR layak mengundi seperti ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Kata Azhar, ini demikian kerana banduan yang menjalani hukuman penjara lebih 12 bulan dari tempoh pendaftaran tidak layak mengundi.

"Kita perlu selaraskan antara semua pihak berkuasa yang terlibat sebelum ia boleh dilaksanakan. Tapi ya, kita sedang mempertimbangkannya secara serius," katanya.

[Baca berita penuh]