Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

RCI salah laku kehakiman - 'Sabar, terma rujukan tidak lama lagi'

Pejabat Peguam Negara masih dalam proses merangka terma rujukan untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai dakwaan salah laku badan kehakiman, kata sumber peringkat tinggi.

"Sabarlah. Ia melibatkan sejumlah besar dokumen... Terdapat banyak kertas kerja. Jadi bersabarlah.

"Saya akan kata terma rujukan akan dibuat sekitar kira-kira lima hingga enam minggu dari tarikh kabinet mengumumkan bahawa RCI dibentuk," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Menurut sumber itu, seperti di negara lain, penubuhan suruhanjaya diraja juga merupakan proses yang memakan masa.

"Ini bukan sahaja eksklusif kepada Malaysia. Jadi, sekali lagi, kita mesti bersabar.

"Kabinet telah membuat keputusan dan tidak akan memungkiri janjinya," kata sumber itu.

Pada 20 Februari lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer.

Hamid membuat dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan pada 14 Februari lalu. Antaranya, beliau mendedahkan terdapat hakim-hakim tertentu bersubahat dengan ahli politik dan sektor swasta untuk menipu duit rakyat.

Selain itu, beliau dalam afidavitnya juga turut mendakwa terdapat campur tangan kehakiman dalam perbicaraan dan menyebut kes Liwat II Anwar dan rayuan kes hasutan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh sebagai contoh.

Hamid Sultan juga berikrar mendedahkan lebih banyak butiran jika RCI ditubuhkan tetapi enggan memberikan sebarang maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

RCI dibentuk oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan.

[Baca berita penuh]